Alhamdulillah, AGM kali pertama TiEM telah berjaya diadakan sebagaimana yang dirancang. Walaupun bermula agak lewat sekitar jam 9.45 pagi namun ianya berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 35 orang ahli.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi Protem, Saudara Azhar Aziz dan seterusnya merasmikan pembubaran AJK Protem (Penaja) yang telah dilantik pada mesyuarat AJK Penaja pada 13 Ogos 2017.
Majlis diteruskan dengan perlantikan AJK TiEM sesi 2018 - 2020 dan senarai nama yang telah dilantik adalah sebagaimana berikut :
Pengerusi : Azhar Aziz (Embun)
Naib Pengerusi : Muhamad Zaidi Kamal (Sri Tilia)
Setiausaha : FiFi Natasya Jamaluddin (Embun)
Naib Setiausaha :Suriya Amir (Embun)
Bendahari : Mohd Azizul Razman Razali (Sri Tilia)
Ahli jawatankuasa Kecil
1. Md Sarif Daud (Sri Tilia)
2. Mohd Isman Mohd Isni (Embun)
Majlis juga diberi taklimat oleh Saudara Badrul Hisham selaku Pengerusi ABRA mengenai perkara-perkara yang berkaitan,kerjasama dan kesepakatan yang boleh diujudkan diantara ABRA dan juga TIEM.
Saudara Pengerusi memaklumkan bahawa AJK TiEM yang baru dilantik akan mengadakan pertemuan dengan AJK Kecil Keselamatan Tiem dan juga ABRA bagi mendapatkan maklumat mengenai kewangan dan juga maklumat lain yang berkaitan.
AJK TiEM juga akan mengadakan perbincangan bersama pihak SHL dan juga Pihak Berkuasa Tempatan / MPP bagi menjalinkan hubungan yang baik demi kebaikan penduduk.
Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi.
Diantara info penting :
- Beberapa notis board / papan kenyataan akan dibina ditempat strategik sekitar TiEM bagi menyalurkan maklumat secara tradisional.
- Semua medium elektronik seperti laman web, whatsapp, facebook dan sms selain daripada banner, edaran notis / flyer dari rumah ke rumah akan digunakan sepenuhnya.
- Satu akaun bank akan dibuka secara rasminya dibawah nama persatuan dalam masa yang terdekat.
- Kedudukan terkini baki kewangan TiEM (Yuran Keselamatan dan kutipan pagar) akan diperolehi daripada AJK Kecil Keselamatan dan juga pihak ABRA.