Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin kepada semua warga TIEM yang dikasihi. Semoga bergembira dan berbahagia bersama orang yang disayangi dihari yang mulia ini.
Sedikit perkongsian adab berziarah atau menerima tetamu samada pada hari biasa ataupun pada musim perayaan.
- Elakkan parking kereta sehingga menghalang laluan
- Jangan terlalu bising sehingga menganggu kejiranan
- Maklumkan kepada jiran terdekat/lorong jika ada tetamu anda yg mungkin akan menggunakan ruang parking seketika.
- Jika terpaksa letak kenderaan hingga halang laluan, sila maklumkan kepada tuan rumah atau tinggalkan nombor telefon di dashboard.
- Elakkan sampah dapur/basah hingga bertimbun di hadapan rumah, report i-clean jika tiada lori sampah yang datang.
- Elakkan bermain mercun sehingga menganggu ketenteraman dan membahayakan nyawa serta hartabenda orang lain.
- Jadilah jiran yang baik kepada jiran yang lain serta tidak mementingkan diri sendiri.
Pesanan ikhlas dari AJK TIEM.
Azhar Aziz
Pengerusi TiEM 2022-2024