Assalam. Mohon Tuan/Puan sahabat jiran saya luangkan sedikit masa anda untuk sama2 membersihkan persekitaran rumah masing2 dan kawasan yang berpotensi utk menjadi sarang aedes. Didapati byk rumah yang 'terlupa' utk mengemas dan membersihkan ruang yg berpotensi terutama di hadapan dan dibelakang rumah tuan/puan. Jom sama-sama jaga TIEM.
Dijangkakan juga pihak berkuasa akan membuat lawatan dan jika didapati terdapat permis/bangunan kediaman yang tidak kemas dan mempunyai kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan aedes dan juga terlalu banyak pokok yang tidak terurus di dalam kawasan/pagar, mungkin akan dikenakan kompaun.
**************************************************
Repost/retype dari Telegram ABRA
*PERINGATAN WABAK DENGGI*
Perhatian semua penduduk Alam Budiman!. Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah memaklumkan berlakunya wabak denggi tak terkawal di lokaliti Taman Alam Budiman.
Sila ambil tindakan segera dengan mengemas kawasan sekitar rumah jika ada tempat-tempat pembiakan aedes. Jaga kesihatan semua agar wabak ini segera dapat ditamatkan.
Lokasi
E5. Seksyen U10 (Alam Budiman : Jalan U10/68-U10/77B) - 12 KES
Jalan U10/71 - 1 Kes
Jalan U10/72 - 4 Kes
Jalan U10/73B - 2 Kes
Jalan U1075A - 1 Kes
Jalan U10/76A - 3 Kes
Jalan U10/76H - 1 Kes
Status Lokaliti : WABAK TAK TERKAWAL
Bilangan Kes : 12 Kes
Bilangan Episod wabak : 4 episod
Mohon penduduk menjalankan aktiviti gotong-royong bagi memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di dalam dan luar kediaman.
UPDATE : 5 OGOS 2024
TIADA AEDES TIADA DENGGI