TiEM berjaya menyapu bersih hadiah yang ditawarkan bersempena dengan Majlis Raya ABRA 2025 bertemakan 'Klasik Melayu' yang telah diadakan pada 10 Mei 2025 bertempat di Dewan Bunga Lili, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor.
Acara dimulakan dengan perarakan masuk semua AJK ABRA dengan diiringi Pasukan Kompang SRF tepat pada jam 8.00 malam dan disusuli dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh Ustaz Hanafi yang juga Iman Surau Raudhotul Firdaus, Taman Alam Budiman.
Pelbagai juadah telah dihidangkan oleh ABRA dan juga Surau Raudhotul Firdaus selaku menu utama. Manakala setiap Precint menyumbang lain-lain menu berdasarkan pilihan masing-masing. Booth setiap precint juga dihias dengan cantik bagi merebut hadiah yang dipertandingkan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Puan Fatin AB Rahim selaku Ahli Majlis MPP Zon 20.
Booth Tercantik telah dimenangi oleh Precint TiEM manakala Pakaian Berpasangan Tercantik telah dimenangi oleh pasangan Sdr Sapian dan Fahriza yang juga dari TiEM. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Fatin AB Rahim dengan diiringi oleh Sdr Badrul selaku Pengerusi ABRA.
Tahniah kepada semua warga TiEM yang telah bertungkus lumus menjayakan booth tercantik ini. Tanpa anda semua kejayaan ini mustahil untuk dinikmati dan seluruh warga TiEM amat berbesar hati serta berterima kasih diatas usaha kalian ini.
Terima kasih juga kepada Pengerusi dan AJK ABRA yang telah berusaha dan menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi.
Klik untuk lihat FOTO ALBUM
Azhar Aziz - Pengerusi TiEM