Tarikh : 22 April 2018 (Ahad)
Masa : 7.00 am - 11.00am
Tempat : Gazebo Tasik TIEM
Objektif :
1. Mengeratkan ukhuwah sesama keluarga dan jiran tetangga
2. Menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti riadah
3. Melaksanakan aktiviti menjana ekonomi kepada peniaga warga TIEM
Sasaran : Seluruh warga TIEM
Cadangan aktiviti :
1. Jogging
- aktiviti akan berlangsung disekitar tasik TIEM dengan jumlah pusingan akan ditentukan kemudian.
- boleh bersama keluarga dan juga jiran
- pakaian bersukan
2. Senamrobik
- bermula sebaik sahaja selesai acara 'jogging'
- diketuai oleh seorang jurulatih
- terbuka kepada seluruh warga TIEM lelaki dan wanita
3. Car Boot Sale
- aktiviti memasak di lokasi tidak dibenarkan
- hanya makanan / minuman yang telah siap dimasak sahaja
- khemah, kerusi, meja dan bekalan elektrik tidak disediakan
- tiada sewa dikenakan
- hanya peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk berniaga.
- barangan kering, baru atau lama sahaja
- untuk info lanjut, sila hubungi Puan Fifi (012-303 0979)
4. Acara mewarna
- terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Kategori 1) dan 7 hingga 10 tahun (Kategori 2)
- peserta boleh mendaftar pada tarikh acara
- sila bawa sendiri alat kelengkapan mewarna
- untuk info lanjut, sila berhubung dengan Puan Suriya (011-3982 7562)
5. Info TIEM
- Borang keahlian TIEM
- maklumat mengenai TIEM
- borang kajiselidik dan cadangan
- sesi penerangan secara santai
6. Sarapan Pagi (Konsep 'Pot Luck')
- TIEM akan menyedia makanan berat seperti nasi lemak, mee hoon dan kueh mueh serta air minuman
- warga TIEM digalakkan untuk membawa apa-apa makanan atau minuman yang difikirkan sesuai
- untuk info lanjut, sila berhubung dengan Puan Suriya (011-3982 7562) atau Puan Su (019-262 9366)
7. Penajaan
- kami membuka sebarang penajaan berbentuk barangan atau wang tunai khusus untuk melaksanakan program ini.
- sila berhubung dengan Bendahari TIEM : Sdr Mohd Azizul Razman Razali (010 226 1682) jika ada yang berminat