more picture HERE
Santai Sarapan Bersama TIEM telah berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2018 yang baru lalu. Program bermula dengan sesi 'warm up' yang diketuai oleh saudara Faris Hazim yang juga salah seorang atlet olahraga Selangor yang tinggal bersama kakak beliau di lorong 74A. Selesai 'warm up', beliau mengajak warga TIEM yang hadir untuk sama-sama berjoging sebanyak 2 pusingan mengelilingi Tasik TIEM. Kehadiran semakin ramai samada bersama keluarga dan juga jiran tetangga.
Acara diteruskan lagi dengan sesi senamrobik, diketuai oleh Coach Syarin yang juga merupakan pemilik Jazzercise Fitness Program MYSTUDIO yang terletak di kawasan komersial Taman Alam Budiman. Acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kaum ibu, bapa dan juga anak-anak. Sesi senamrobik yang diiringi dengan alunan muzik berlangsung hampir satu jam.
Sesi Santai Sarapan bermula hampir jam 9 pagi sebaik sahaja selesai acara senamrobik. Pelbagai juadah makanan dan minuman dibawa oleh warga TIEM untuk dinikmati bersama jiran-jiran yang hadir. Nasi lemak, mee hoon, kuih muih, kek, minuman sejak dan minuman panas serta bermacam lagi juadah yang tersedia.
Sambil menikmati sarapan pagi, acara mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan bagi mencungkil bakat-bakat seni yang ada dikalangan anak-anak TIEM. Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan 7 hingga 10 tahun. Acara kanak-kanak turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 'clown' yang didatangkan khas daripada Aloha Balloon & Party centre, Seksyen 7, Shah Alam.
Majlis turut dihadiri oleh Pasukan Bomba Bukit Jelutong yang secara kebetulan sedang menjalankan ujian kepada kenderaan dan peralatan mereka di Tasik TIEM. Sebanyak 3 peniaga Car Boot Sale yang terdiri daripada warga TIEM turut membuka booth jualan pakaian, lock cheng atau satay ikan dan juga Uce Cream Ummi.
Semasa acara dijalankan, AJK TIEM mengambil kesempatan untuk mengedarkan borang kajiselidik bagi mendapatkan maklumbalas, komen dan cadangan daripada warga TIEM demi untuk menambah baik persatuan yang baru ditubuhkan serta kejiranan TIEM.
Alhadulillah, program berakhir sekitar jam 11.30 tengahari dengan kehadiran hampir 100 orang warga TIEM.