11 Mei 2024. Alhamdulillah, sejarah telah tercipta di Precint TIEM. Walaupun hujan turun sejak petang Sabtu dan berterusan hingga ke malam, namun Jamuan Raya TIEM 2024 tetap berlangsung meriah dengan kehadiran lebih dari 300 orang warga TIEM di perkarangan Tasik Alam Budiman.
Pelbagai makanan dihidangkan seperti nasi impit, buah, rojak, laksa serta nasi lemak hasil dari muafakat serta gotong royong setiap lorong disamping makanan utama yang disediakan oleh Komiti berupa nasi minyak serta air balang dan juga air soya. Tidak lupa apam balik crispy dan ais krim turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari warga TIEM.
Perancangan Allah itu lebih baik dan kita tetap bersyukur kerana majlis dapat berjalan dengan baik. Kami ingin menyusun jari memohon maaf dengan kekurangan yang ada, ada yang terpaksa makan dibawah payung dengan dibasahi dengan air hujan disamping keadaan padang rumput yang turut becak. Ramai juga yang tidak dapat turut serta memandangkan faktor cuaca yang tidak menyebelahi kita.
Inilah keunikan kejiran TIEM, bersatu hati, hormat dan sayangkan kejiranan melebihi segala-galanya.
Terima kasih kepada semua warga TIEM yang telah menyumbang dan hadir ke majlis tempohari. Sokongan anda semua sangat diperlukan dan kami amat menghargainya. Terima kasih kepada para penaja yang sanggat membantu dari aspek kewangan.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada barisan KOMITI sementara yang dibentuk bagi merealisasikan Jamuan Raya TIEM 2024 sehingga jayanya. Anda semua memang hebat.
Terima kasih kepada semua dan insyaAllah kita jumpa lagi pada tahun hadapan.
Qisan
Pengerusi TIEM
Sesi 2022-2024
Terima Kasih AJK Jamuan :
1. Khemah + wiring + lampu : Badrul/Azlan/Ramli
2. PA system : Yusof/Cikgu Ajak
3. Pot Luck : Nad/Noralina
4. Makanan utama : Suria/Fauziah/Rahmat
5. Air balang : Rafiq/Rahila/Zaidi/Zaini
6. Duit raya : Qisan/Fauziah/Zamri
7. Kebersihan : Sham/Reyza/Apeng
8. Peralatan : Wan8/Nasrol/Hasaruddin
9. Keselamatan : Zul/Isman/Sarif
Credit to Photo Owner - Terima Kasih.