Assalam. Saya mengambil perhatian Tuan/Puan warga TIEM yang dikasihi sekalian untuk memaklumkan bahawa AGM 6, 2024 dan pemilihan AJK baharu sesi 2004-2026 akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Kami bercadang untuk melaksanakan sesi pencalonan, pemilihan dan juga AGM secara ONLINE sahaja nanti. Ini memandangkan sejak tertubuhnya TIEM pada tahun 2018, sambutan yang diterima setiap kali AGM dan pemilihan AJK baharu agak mengecewakan.
Justeru kami berharap agar dengan pelaksanaan pencalonan dan pemililan secara ONLINE ini dapat memberikan ruang yang lebih luas lagi kepada semua untuk memilih warga TIEM yang betul-betul sedia berkhidmat demi kebaikan TIEM.
Precint TIEM adalah satu-satunya precint di Alam Budiman yang mempunyai persatuannya sendiri dengan cita-cita untuk menjadikannya sebuah kejiranan contoh.
Saya berharap agar tawaran kami ini mendapat sambutan yang sewajarnya dari semua. Terima Kasih.
Syarat-syarat untuk semua calon, pencadang dan juga penyokong :
- Calon, pencadang dan penyokong mestilah terdiri dari warga dan tinggal di Precint TIEM.
- Calon mestilah berumur 18 tahun dan keatas.
- Calon hendaklah bebas dari bankrap dan tiada kes yang menyalahi undang-undang.
- Seorang calon boleh memegang hanya 1 jawatan sahaja.
Tempoh pencalonan : Bermula pada 24 Mei 2024 hingga 7 Jun 2024 (2 minggu)
Tempoh pemilihan : 10 Jun 2024 hingga 24 Jun 2024
AGM 6 dan Pemilihan AJK Baharu Sesi 2024-2026 akan diadakan selepas Hari Raya Haji 2024.
Hidup Berjasa
Azhar Aziz aka Qisan
Pengerusi TIEM
Sesi 2022-2024