Assalam dan salam sejahtera. Berikut adalah nota Minit Mesyuarat Agong 6, TIEM yang telah diadakan pada 31 Ogos 2024 untuk makluman warga TIEM. Ia adalah sebahagian daripada minit mesyuarat yang akan dibentangkan pada AGM tahun hadapan.
Ucapan Sdr Azhar (Qisan) selaku Pengerusi TIEM.
- TIEM adalah sebuah persatuan dibawah kategori sosial (penduduk) yang sah dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau Registrar Of Society (ROS) pada 27 September 2017. Keahlian TIEM adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Alam Budiman yang tinggal di Lorong 73 hingga 75 sahaja.
- TIEM sangat bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman (ABRA) yang mewakili suara seluruh penduduk yang tinggal di Taman Alam Budiman. Jadi tidak timbul isu dan keraguan terhadap status TIEM serta tiada keraguan terhadap penubuhannya.
- Tahniah kepada seluruh warga TIEM kerana telah menjadi Juara buat kali yang ke 2 di dalam Kejohanan Sukan ABRA 2023 (kali pertama adalah pada tahun 2018)
- CCTV yang disumbangkan oleh ABRA telah beroperasi sejak Januari 2024, namun terdapat masalah kepada kamera tersebut dan pihak vendor sedang dalam proses penukaran dengan pihak pembekal. Penduduk TIEM diminta menghebahkan kewujudan CCTV tersebut.
- Memohon agar warga TIEM mendaftar sebagai ahli dengan yuran sebanyak RM20/rumah seumur hidup manakala yuran bulanan adalah RM5 atau RM60/rumah untuk setahun.
Pembentangan Cadangan
Cadangan 1
Puan Nadia memohon agar pembinaan pagar di Jalan 74 dan 74A disegerakan agar keselamatan penduduk lebih terjamin.
Maklumbalas - Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat sejumlah RM7,842.90 duit pagar di dalam akaun bank TIEM yang boleh digunakan untuk membaiki pagar sediada dan seterusnya mengaktifkan Projek Pagar bagi menyiapkan baki pagar di Jalan 74 dan 74A. Mesyuarat bersetuju untuk mengaktifkan kembali Projek Pagar dan makluman terperinci akan diberitahu kemudian melalui laman web dan whatsapp group.
Cadangan 2
Puan Salmah mencadangkan agar tapak tadika di Jalan 74A yang tidak digunakan agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk TIEM.
Maklumbalas 1 - Encik Badrul Hisham selaku Pengerusi ABRA memaklumkan bahawa terdapat cadangan untuk menjadikan tapak tersebut sebagai pejabat operasi Persatuan Penduduk ABRA dan juga TIEM serta Persatuan Penjaja AB. Makluman terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Maklumbalas 2 - Encik Azhar mencadangkan sekiranya jadi, laluan masuk perlu diubah dari Jalan 74 dan bukan dari Jalan 74A.
Cadangan 3
Encik Badrul memaklumkan bahawa terdapat lebihan daripada kutipan yuran keselamatan pada cuti Hari Raya tempohari.
Maklumbalas 1 - Mesyuarat bersetuju untuk Encik Badrul menggunakan baki tersebut bagi membaik pulih Pondok Keselamatan sediada TEIM.
Maklumbalas 2 - Encik Azhar maklumkan yang kutipan yuran pengawal dan kawalan keselematan semasa Hari Raya adalah bersifat sementara yang digerakkan oleh warga TIEM sendiri.
Cadangan 4
Encik Badrul yang juga Pengerusi ABRA memaklumkan bahawa ABRA didalam proses untuk menjalankan kajian samada precint sediada memerlukan kawalan keselamatan oleh syarikat atau pun tidak. Namun begitu proses mencari dan menguruskan kawalan keselamatan tersebut adalah dibawah kelolaan precint masing-masing dan bukan dibawah ABRA.
Maklumbalas 1 - Puan Salmah mengusulkan agar TIEM menyiapkan pagar yang masih tertangguh di Jalan 74 dan 74A. Beliau juga mencadangkan agar perkhidmatan kawalan keselamatan diadakan secara bermusim seperti pada Hari Raya atau cuti yang panjang sebagaimana yang telah dibuat sebelum ini.
Maklumbalas 2 - Encik Azhar menyaran agar tidak mengujudkan kawalan keselamatan 24 jam melalui syarikat yang dilantik kerana tidak mahu masalah lama berulang kembali dan hanya fokus kepada waktu tertentu sahaja sebagaimana sebelum ini.
Maklumbalas 3 - Encik Mohd Nor juga menyokong cadangan Encik Azhar Aziz agar tidak menubuhkan perkhidmatan kawalan keselamatan kerana lebih banyak masalah yang akan timbul terutamanya dari segi kutipan yuran.
Cadangan 5
Encik Sapian mencadangkan agar masalah tar jalan yang rosak di jalan 10/73 segera dibaiki.
Maklumbalas - Encik Badrul maklumkan akan berhubung dengan pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Cadangan 6
Puan Haslin mencadangkan agar petak kuning dibina di persimpangan masuk TIEM dari Persiaran Pulau Lumut.
Maklumbalas - Encik Azhar menyatakan petak kuning akan dibina setelah selesai kerja-kerja memperbesar longkang di jalan utama. (Petak Kuning ini telah dibuat oleh kontraktor pada sebelah malam pada hari yang sama sebaik sahaja AGM ini berlangsung).
Cadangan 7
Masalah yang ditimbulkan oleh kucing jalanan masih tiada jalan penyelesaian dan berharap agar warga TIEM dapat mengambil inisiatif sendiri bagi mengurangkan masalah tersebut.
Cadangan 8
Encik Azhar berharap agar cadangan untuk untuk mewujudkan CCTV mengikut lorong sebagaimana yang telah dibuat oleh lorong 75B dapat dilaksanakan dan digerakkan oleh setiap lorong di kawasan TIEM.
Cadangan 9
Encik Badrul mencadangan untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan TIEM. Sampah pukal boleh dibuang di tong roro yang disediakan nanti.
Terima Kasih
Azhar Aziz
Pengerusi TIEM 2024-2026