Kerja-kerja naik taraf longkang dan parit erong yang telah bermula sejak Julai yang lalu kini telah sampai ke kawasan TIEM. Kawasan yang terlibat bermula dari hujung Jalan 74 dan hinggalah ke Jalan 73. Pagar TIEM yang berada dikawasan tersebut akan dibuka dan mungkin akan mengalami kerosakan dan sebagainya.
Berdasarkan kepada kerja-kerja yang telah dibuat di hadapan Surau Raudhotul Firdaus sebelum ini, pagar tersebut akan dibaiki dan dipasang semula apabila kerja-kerja tersebut telah selesai. Makluman ini juga adalah sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Sdr Badrul selaku Pengerusi ABRA kepada saya tempohari.
Warga TIEM diingatkan agar berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut dan sama-sama menjaga keselamatan diri dan juga jiran-jiran.
Azhar Aziz
Pengerusi TIEM