Satu mesyuarat AJK TiEM telah diadakan pada 21 Februari 2025 secara maya dan berikut adalah makluman yang ingin kami kongsikan.
- Projek Pagar TiEM yang telah bermula pada tahun 2015 akan disambung semula bagi warga TiEM yang masih belum mencukupkan bayaran sebanyak RM800 atau mereka yang ingin menyumbang. (KLIK)
- Kawalan Keselamatan TiEM semasa cuti Hari Raya Aidil Fitri akan diteruskan.
- Jamuan Raya 2025 akan diadakan samada pada 19 April atau 26 April atau 3 Mei 2025.
- AGM 7 akan diadakan pada sebelah siang Jamuan Raya.
- Sambutan Hari Merdeka 2025 akan diteruskan.
- TiEM akan bersedia sekiranya Sukan ABRA akan diadakan pada tahun ini.
- Sumbangan Duit Raya bagi anak-anak yatim TiEM akan diteruskan.
- Acara memasak bubur lambuk akan diadakan pada ramadhan ini.
- Acara perkhemahan TiEM akan diadakan pada 30 Ogos atau 6 September.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Hidup Berjasa
Azhar Aziz
Pengerusi TiEM 2024-2026